Sunday, October 20, 2013

Mek Mulung

                                                                     Mek Mulung

Pada sabtu yang lepas saya ke auditorium kompleks JKKN untuk mennoton Mek Mulung Putera Cahaya Bulan.



Mek Mulung  ialah salah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia telah menjadi hiburan rakyat di negeri tersebut sejak zaman dahulu lagi.Mek Mulung merupakan satu adunan kesenian yang menggabungkan unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan. Meskipun seimbas lalu persembahannya kelihatan begitu mudah, tetapi ia tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya. Menurut satu laporan seorang pengamal kesenian Mek Mulung yang boleh dikatakan waris terakhir, terdapat himpunan sebanyak dua puluh cerita hikayat asal, namun sedikit sahaja yang dikatakan masih kekal.
Mek Mulung dikatakan berasal dari Ligor, Siam dan diperkenalkan di negeri Kedah ketika berlakunya persengketaan di antara Kedah dan Siam. Tempat ia mula-mula sekali diperkenalkan ialah di Kampung Perit, Mukim Kurung Itam, Jajahan Kuala Nerang. Seterusnya ia berkembang ke Kampung Belukar Mulung, Kampung Paya Keladi dan akhirnya di Kampung Wang Tepus, Jitra Kedah.    





                                                                 

No comments:

Post a Comment